Abg-Long nak buat promosi kepada semua warga MPC yang mungkin nak buat sesuatu majlis i.e perkahwinan dan family day. Abg-Long ada satu group nasyid yang sedang meningkat naik, R-iF. Dalam penghasilan album yang bakal menjengah di pasaran pada Mac 2010. Antara komposer yang bakal bekerjasama dengan beliau ialah AMAR, Fazli (FarEast) dan Halim (Devotees). Selain Abg-Long juga turut menggubah lagu untuk mereka.
Sedikit latar belakang mereka...
Dianggotai oleh 3 orang Munsyid yang merupakan alumni dari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, mereka mempunyai keinginan yang tinggi ke arah menaikkan semula industri nasyid tanah air. terdiri daripada :-
Mohd Ridzuan - graduan elektrikal PSA Khairul Azwar - graduan elektrikal PSA Mohd Adham - graduan perdagangan PSA
Antara lagu2 mereka...
i. Percayalah ii. Oh Mama iii. Muslimah Sejati iv. Sinar Kehidupan v. Praise Allah vi. Ku Sesali Segalanya vii. Doa Perjuangan viii. Selawat
Kepada yang nak mengundang mereka, boleh PM Abg-Long atau email (webmaster@mypolycampus.net) atau HP (0179212131). Harga yang dikenakan sangat berpatutan. Insyaallah kami akan menyerikan majlis anda dengan yang terbaik sekali :)
Penerbitan Album Nasyid Kompilasi Politeknik Seluruh Malaysia
Assalamualaikum...
Saya ingin mengkhabarkan kepada mana2 munsyid Politeknik yang berminat untuk menyertai album kompilasi nasyid Politeknik terbitan MyPolyCampus.Net dan R IF Edutaiment Resources. Album ini bakal menggabungkan beberapa kumpulan nasyid dari Politeknik seluruh Malaysia yang berminat dan sesi uji bakat akan diadakan pada awal bulan Februari 2010. Lokasi sedang dalam perbincangan, dijangka akan dibuat di studio InTeam (jika tidak ada pertindihan).
Buat sementara 10 buah lagu telah disiapkan untuk tujuan demo. Ke semua lagu adalah hasil ciptaan saya sendiri dan juga ustaz khairul napisham (pensyarah PSA). Projek ini juga bakal mendapat khidmat beberapa komposer luar dan ianya masih dalam perbincangan. Buat sementara, kami sedang mengumpulkan kumpulan2 nasyid yang berminat terlebih dahulu.
Terdapat beberapa perkara dan syarat yang ditetapkan dan bakal diterangkan kelak. Sekiranya berminat sila berhubungan dengan saya di talian telefon bimbit 012-2121301 atau email webmaster@mypolycampus.net
Tawaran ini terhad kepada pelajar dan alumni Politeknik sahaja. Tarikh tutup pada penghujung Januari 2010.
Sekian, wassalam.
Zamruddin Muhidin Pengasas Forum Pelajar & Alumni Politeknik Seluruh Malaysia
Info Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
PENGENALAN
Politeknik KPTM ditubuhkan bagi melahirkan lulusan separa profesional dalam bidang kejuruteraan, perdagangan, hospitaliti dan ICT di peringkat sijil dan diploma bagi membantu memenuhi keperluan sumber manusia di sektor awam dan swasta. Sehingga kini terdapat sebanyak 27 buah Politeknik yang sedang beroperasi di seluruh negara.
Pengambilan pelajar ke Politeknik KPTM diadakan dua (2) kali setahun. Pengambilan pertama di pertengahan tahun manakala pengambilan kedua di hujung tahun berkenaan. Politeknik KPT menyediakan 22,400 tempat pengajian untuk lulusan SPM, lulusan Sijil Politeknik dan lulusan Sijil Kolej Komuniti pada setiap sesi pengambilan bagi mengikuti pelbagai program.
Polteknik KPTM menawarkan 24 program sijil dan 47 program diploma dalam pelbagai bidang. Ia juga menawarkan program kemahiran di peringkat sijil kepada calon berkeperluan khas yang cacat pendengaran. Ketika ini terdapat hampir 85,000 pelajar yang sedang mengikuti program pengajian di Politeknik KPTM.
VISI
Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan hospitaliti serta berazam melahirkan graduan yang berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab selari dengan Falsafah Pendidikan Negara.
MISI
Menghasilkan tenaga kerja separa profesional yang berkualiti bagi menampung keperluan sektor awam dan swasta di Malaysia.
sumber diperolehi dari laman web rasmi Politeknik KPTM
Lirik Lagu Rasmi Politeknik KPTM
Politeknik adalah warisan kita
Membekal tenaga bidang teknikal
Bersama membina kemajuan negara
Malaysiaku tercinta
Akhlak mulia asas jaya
Itulah amalan hidup kita
Di mana sahaja Politeknik berada
Harapan tetap sama
Chorus :
Politeknik ku sanjung jasa-jasamu
Mencipta lembaran sejarah
Harapan impian kan menjadi nyata
Tekad, takwa, usaha penentu arah
Maju Politeknik ayuh maju
Semangatmu merestui perjuanganmu
Teknologi teras pembangunan Negara
Politeknik Malaysia
Pusat Sehenti MPC : Info Semakan Politeknik KPTM
Permohonan baru ke Politeknik KPTM untuk Sesi Januari 2010 telah disiarkan di laman web rasmi Politeknik KPTM. Kepada lepasan SPM, SPTM, Sijil dan Diploma yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke Politeknik KPTM, sila pastikan anda telah membeli no pin di kaunter BSN terlebih dahulu. Keputusan Permohonan Rayuan dan Semakan Status Pertukaran Program dan Politeknik untuk sesi Julai 2009 juga telah dibuka. Kepada yang telah memohon, semoga berjaya diucapkan. Kepada yang berjaya dalam permohonan mereka, tahniah diucapkan dan semoga semangat untuk terus berjaya dapat dikekalkan semasa sesi perkuliahan. Kepada yang tidak berjaya, diharapkan dapat bersabar dan diharapkan dapat mengemukakan permohonan atau rayuan sekali lagi.
Forum ini hanya menyediakan info yang diperolehi dari sesama ahli forum yang terdiri daripada pelajar dan alumni Politeknik seluruh Malaysia. Ketepatan info adalah tidak dijanjikan, walaupun begitu jika ada sebarang maklumbalas sila berhubungan dengan pihak admin forum ini melalui emel Webmaster (KLIK). Terima kasih.
Salam, dibawah ini adalah kronologi penubuhan pendidikan system Politeknik di Persekutuan Malaysia satu ketika dahulu termasuk di Singapura (Singapore Poly) dan di PUO. Hanya untuk berkongsi info antara ahli2. Saya masukkan sekali Singapore Poly (SP) didalam ini kerana walaupon ianya kini bukan sebahagian Malaysia lagi, namun saya percaya yang kita berkongsi sejarah dengan system Politeknik di Singapura dan banyak perkara menarik kita boleh lihat di sana..SP merupakan Politeknik tertua di ...
16:28:06 by maspatriot14 Views: 2575 | Comments: 120
ASSALAMMUALAIKUM,SAYA SALAH SEORANG PELAJAR DIP PUO DEM.BOLEHKAH SAYA TANYA , ADAKAH PELUANG UNTUK PELAJAR POLITEKNIK MASIH ADA UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN KE IPTA DALAM IJAZAH PERTAMA?INI KERANA SAYA DAPAT MELIHAT DARI STATISTIK PENGAMBILAN PELAJAR DI MANA - MANA UNIVERSITI DI MALAYSIA , AND SAYA DAPAT TAHU YANG PELAJAR UNIVERSITI YANG POINTERNYA RENDAH SERENDAH 2.50 MASIH DAPAT MELANJUTKAN PELAJARAN UNIVERSITI DALAM IJAZAH PERTAMA.TAPI YANG SAYA PELIKNYA , PELAJAR POLITEKNIK YANG MENDAPAT POIN...
JPP atau nama panjangnya... Jawatankuasa Perwakilan Pelajar...yang menganggotainya adalah pelajar Politeknik.. tentang kaedah perlantikan terpulang kepada setiap Politeknik... tak silap belum ada ketetapan yang perlu diikuti berkenaan perlantikan ini, cuma perlantikan ini hendaklah bersandarkan Akta 174...
perbezaan ketara antara seorang JPP dan seorang pelajar biasa adalah masa yang dipunyai telah diberikan kepada orang lain atau atas keperluan lain... sebagai contoh seorang JPP yang...
Belia dan remaja merupakan “aset†penting kepada negara. Kewujudan mereka merupakan satu “rahmat†kepada negara kerana merekalah yang akan menjadi agen perubahan samada secara positif atau negatif di masa akan datang. Peranan mereka juga amat penting sebagai penggerak kepada sosio-budaya, ekonomi, pembangunan dan juga kemajuan negara secara keseluruhannya. Kepimpinan negara masa depan juga akan dipikul oleh golongan ini sebagai pewaris pengganti masa kini. Kebaikan akhlak mereka m
aku ada melawat sebuah blog.. ni urlnya www.blogaku.net ... blogger tu komen tentang "tiada keistimewaan pada sebuah universiti"... aku pun berikan komen aku... sila baca bawah ni...
Quote
tumpang beri pendapat ya…sekadar pendapat, kalau salah tolong tunjukkan ya
pada aku, tak salah kita tambahkan lagi bilangan IPTA nih.. sebab semua orang berhak untuk dapatkan pendidikan.. ianya bukan soal keistimewaan IPTA itu akan s
1. KURIKULUM Korpus ilmu, gugusan kompetensi dan kaedah pengajaran & pembelajaran digubal secara bersepadu bagi menerapkan tiga (3) kemahiran iaitu hard skills, soft skills dan competitive skills.
2. PENGIKTIRAFAN Kursus yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF).
3. SISTEM KUALITI Melaksanakan sistem kualiti MS ISO 9...
salam.. aku nak tanya pandangan korang lar yg akan/bakal berkhidmat dgn Perkhidmatan Awam khasnya lulusan Sijil Politeknik. selalunya budak lulusan sijil Politeknik akan diletakkan dalam gred 17,betul?? pada hal lulusan sijil Politeknik setaraf STPM dan sepatutnya diletakkan dalam gred 27(yg mana gaji lebih tinggi dari 17). korang boleh semak di:
Topik dan komen di dalam forum MyPolyCampus.Net adalah menjadi hak milik ahli yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan forum MyPolyCampus.Net. Pihak pengurusan forum MyPolyCampus.Net tidak akan bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi sama ada secara langsung atau tidak langsung. Pihak pengurusan forum MyPolyCampus.Net juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat yang terdapat di dalam forum MyPolyCampus.Net.
Forum Pelajar dan Alumni Politeknik Seluruh Malaysia sejak 2004-2009.
Dana Sumbangan & Derma
Bank Islam Malaysia Bhd: 12029010047880
Maybank Malaysia Bhd: 562263010787
Dana Sumbangan Pengurusan
Bank Muamalat Malaysia Bhd: 12070005133717
Sila pastikan nombor akaun adalah betul dan nama akaun dipaparkan adalah untuk sumbangan kepada Palestine. Jika ada keraguan sila berhubungan dengan :
e-mail: info@amanpalestin.org amanpalestin@yahoo.com