Forum Pelajar dan Alumni Politeknik Seluruh Malaysia

Sejarah dan Perkembangan

Pada Jun 10 2004, 11:11 AM. seorang pelajar PSA (kini sudah bergraduat) sedang mengemaskini laman web dan forum kelasnya. Semasa membuat kerja-kerja kemaskini tersebut, timbul satu idea untuk mengembangkan lagi forum yang telah dibuatnya kepada lebih besar lagi. Forum yang menghubungkan keseluruhan pelajar dan alumni Politeknik seluruh Malaysia. Pelajar tersebut beranggapan Politeknik perlu ada forum tersendiri khusus untuk warganya berbincang tentang hal ehwal semasa dan juga tentang Politeknik. Maka pelajar tersebut pun mencari ruangan forum yang bersesuaian untuk merealisasikannya.

Setelah dibuat beberapa kali pencarian, maka pelajar tersebut telah tertarik dengan sebuah ruangan forum percuma yang disediakan oleh pihak InVisionFree.Com. Sejak dari itu, pelajar tersebut mula mengedit segala perkara yang ada dan seterusnya mempromosikan forum tersebut kepada semua Politeknik yang ada ketika itu dan juga kepada mana-mana pelajar atau alumni yang boleh dijejaki menerusi enjin pencari seperti Yahoo.Com. Bermula dengan mencipta beberapa kategori dan sub-forum, walaupun pada peringkat awalnya cuma terdapat 3 kategori. Tetapi pelajar tersebut tetap menguatkan semangat dan pelajar tersebut terus giat mengadakan promosi di mana-mana forum yang disertainya.

Apabila bilangan ahli semakin bertambah. Maka bilangan kategori dan sub-forum turut ditambah. Sehingga akhirnya menjadi lebih kurang sama seperti yang anda semua lihat ketika ini. Apa yang membanggakan setelah sebulan lebih beroperasi bilangan ahli telah meningkat kepada 57 orang dengan 936 posting. Satu permulaan yang cukup baik bagi sebuah ruangan forum yang baru.

Pelbagai agenda yang dibincangkan dan dirancangkan sesama ahli forum. Dan usaha-usaha ini tidak dijalankan sendirian oleh pelajar tersebut tetapi turut mendapat bantuan dan kerjasama yang baik dari rakan-rakan yang baru ditemuinya dengan terhasilnya forum ini. Mereka adalah castlevama, anas, x-student ppd, baiduri, ulat_apple dan ramai lagi. Usaha-usaha yang dijalankan tidak akan ada maknanya jika tiada sokongan dari ahli-ahli tersebut dan juga lain-lain ahli ketika itu. Sekalung penghargaan buat mereka semua, walaupun ketika ini ada yang sudah tidak aktif lagi. Malah forum ini juga pernah mendapat perhatian beberapa orang pensyarah yang turut aktif iaitu antaranya Wantar dan PoliKu dan juga beberapa orang warga JPP ketika itu seperti Junaida. Malah pelajar tersebut juga pernah menjadi anggota JPP JPG di PSA.

Pelajar tersebut yang kini telah bergraduat dan telah pun memasuki alam pekerjaan masih meneruskan impiannya untuk menaikkan taraf dan imej Politeknik. Dan kini pelajar tersebut dibantu oleh sekelompok Ahli Jawatankuasa Forum yang sudah dibentuk sejak pertengahan tahun 2008. Terdiri daripada beberapa orang berstatus Pentadbir, Pengendali, Penyokong dan Pegawai Teknikal. Dan usaha ini telah mendapat suntikan semangat dan hasil kerjasama yang tidak berbelah-bahagi yang diberikan oleh FireFox. Jasa kalian adalah amat dihargai.

Kini usia forum ini sudah melebihi 5 tahun. Usaha yang berterusan akan sentiasa dan tetap dijalankan ke arah mengembangkan lagi fungsi dan peranan forum ini, agar forum ini sentiasa relevan di kalangan warga Politeknik. Semoga diperkuatkan lagi semangat untuk memastikan ianya mampu dicapai dan seterusnya mampu menjadikan forum ini bertahan untuk selama-lamanya. InsyaAllah.

Itu saja yang mampu untuk diperkatakan tentang sejarah kewujudan dan perkembangan forum ini. Diharapkan apa yang diimpikan dan diinginkan dapat dicapai walau tidak sepenuhnya. Sokongan dan pandangan daripada semua adalah sangat-sangat diharapkan. Semoga forum ini dapat maju lebih jauh lagi alam dunia siber ini. Info lanjut berkenaan Misi, Visi, Objektif, Motto dan lain-lain tentang forum ini boleh dirujuk di dalam topik ini (klik).

abg-long
Pengasas Forum Pelajar dan Alumni Politeknik Seluruh Malaysia
Graduan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)