Home Help Search Calendar Login Register

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: MPC.Net - di sini kita bertemu dan bermesra - Peraturan & Panduan Berforum  (Read 7108 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
Technical Support
Pegawai Teknikal
Bronze Member
*

Penghargaan : +0/-0
Offline Offline

Posts: 13


« on: February 06, 2007, 04:08:19 PM »

Selamat Datang Kepada Anda Semua. Semoga bergembira dan terhibur sepanjang anda semua melayari laman Ini.

Pengenalan :
MyPolyCampus.Net atau lebih dikenali sebagai MPC.Net di kalangan warganya, merupakan sebuah forum yang dihasilkan bagi menyatukan semua pelajar dan alumni Politeknik dari seluruh pelusuk tanah air di bawah satu bumbung. Forum ini semakin hari semakin berkembang dan hasratnya untuk menjadi sebuah komuniti yang menjadi pemangkin kepada penyebaran maklumat, percambahan idea dan perkongsian pendapat semakin mampu dicapai. Tentu ramai yang mempunyai hasrat dan idea tersendiri dalam memajukan dan memantapkan lagi kekuatan yang sedia ada dalam diri warga Politeknik. Tidak kurang juga yang ingin berkongsi pengalaman, pengetahuan dan memberi tunjuk ajar di antara kita sesama kita. Teruskan hasrat murni tersebut kerana ianya ada sesuatu yang membanggakan.

Objektif :
Politeknik ditubuhkan bertujuan melahirkan lulusan separa profesional dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan hospitaliti dan fesyen di peringkat sijil dan diploma bagi membantu memenuhi keperluan sumber manusia di sektor awam dan swasta. Maka kelahiran forum ini adalah sebagai pemangkin dan penggerak kepada pencapaian hasrat ini secara tidak langsung.

Misi dan Visi :
Mewujudkan warga forum yang sentiasa bergerak cergas dan berdaya saing serta mampu melahirkan warga forum yang sentiasa peka dengan isu-isu negara dan senario kampus semasa.

Wawasan :
1. Iltizam warga forum terhadap aktiviti pengisian minda secara praktik dan berterusan ke arah melahirkan mahasiswa yang cemerlang.
2. Mewujudkan warga forum yang berketrampilan dengan berdaya intelek, berdaya maju dan berakhlak mulia ke arah imej melahirkan insan yang seimbang.
3. Kecemerlanan prestasi sukan melalui kepimpinan yang mampan dengan kepakaran yang sempurna ke arah melahirkan jaguh sukan dan warga forum yang cergas.
4. Penglahiran warga forum yang bertanggungjawab dan prihatin demi keharmonian ke arah mencapai kesejahteraan.
5. Bijaksana dalam memantapkan ekonomi forum melalui pendekatan pengurusan kewangan yang sistematik.
6. Pembentukan modal insan yang turut mempunyai nilai kerohanian yang mantap sebagai asas kepada sahsiah yang murni.
7. Penampilan citra warga forum yang disegani dan dihormati melalui aktiviti kebudayaan yang sihat, indah dan terancang.

Motto :

"DI SINI KAMI BERTEMU DAN BERMESRA"
« Last Edit: April 22, 2009, 09:54:08 PM by oneNonly » Logged

abg-long
- MyPolyCampus.Net -
MPC.Net - Pengasas
Titanium Member
*

Penghargaan : +1006/-500
Offline Offline

Posts: 2,562


Antara Mimpi & Impian (",)


WWW
« Reply #1 on: October 23, 2008, 01:07:40 AM »

PERATURAN DAN PANDUAN BERFORUM DI MYPOLYCAMPUS.NET

A. Pendaftaran:
- Pendaftaran adalah percuma dan terbuka kepada semua pelajar dan alumni Politeknik dari seluruh Malaysia khasnya, dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

- Pemilihan nama pengguna mestilah dengan budaya dan undang-undang negara kita. Anda dilarang sama sekali menggunakan nama pengguna yang boleh menimbulkan rasa tidak senang ahli-ahli forum dan pelawat forum MYPOLYCAMPUS.NET. Pihak pentadbir berhak untuk memadam, menghalang (banned) dan juga mengubah mana-mana nama pengguna yang dirasakan tidak sesuai tanpa perlu mendapat maklum balas daripada pemilik nama pengguna. Sebarang rayuan dan pengecualian tidak akan dilayan.

- Nama pengguna dan katalaluan/password adalah tanggungjawab individu masing-masing. Pastikan anda lindungi katalaluan/password anda dengan katalaluan/password yang sesuai dan tidak kongsikan ia dengan sesiapa. Pihak pentadbir tidak akan bertanggungjawab kepada sebarang masalah yang timbul langsung atau tidak langsung hasil pencerobohan kata nama anda. Amalkan polisi yang baik. Tukar kata lepas anda 60 hari sekali dan pastikan anda logoff selepas menggunakan sebarang kemudahan di forum MYPOLYCAMPUS.NET. Pastikan anda membuat laporan dengan segera kepada mana-mana pengendali yang aktif dalam ruang forum MyPolyCampus.Net.

B. Topik dan Komen
- Segala topik, perbincangan, mesej, maklumat dan apa sahaja yang dihantar oleh individu di dalam ruangan Forum MyPolyCampus.Net dan lain-lain kemudahan yang disediakan oleh forum MyPolyCampus.Net adalah merupakan tanggungjawab individu berkenaan sendiri.

- Pihak pentadbir forum MyPolyCampus.Net tidak menjamin ketepatan, kesempurnaan, kebenaran atau kegunaan setiap mesej dan tidak akan bertanggungjawab sama ada secara langsung atau tidak langsung keatas kandungan mesej tersebut.

- Ruang diskusi dan kemudahan yang disediakan adalah untuk ahli-ahli berbincang, berkenal-kenalan, bertukar-tukar pendapat, berkongsi maklumat dan berinteraksi dengan cara yang positif dan berfaedah.

- Untuk itu, anda TIDAK seharusnya menyalahgunakan kemudahan ini ATAU melakukan perkara-perkara seperti berikut -:
a) Memfitnah
b) Mencaci
c) Mencetuskan isu atau membuat provokasi dengan tujuan untuk menimbulkan kekacauan dan kekecohan
d) Menggunakan mesej lucah/mencarut
e) Mengganggu 'privacy' pengguna lain
f) Meletakkan gambar lucah atau bersaiz besar atau yang boleh mengganggu keselesaan pengguna
g) Melakukan SPAM
h) Diskusi politik dan perkara-perkara negatif lain serta isu-isu sensitif

- Pihak pentadbir dan pengendali forum MyPolyCampus.Net berhak untuk mengunci atau memadam mana-mana topik yang dirasakan tidak sesuai dan melanggar syarat. Disebabkan jumlah topik dan mesej yang banyak, pihak pentadbir dan pengendali memerlukan kerjasama ahli-ahli untuk membuat laporan melalui link lapor mesej mana-mana topik atau mesej yang melanggar syarat. Beri masa kepada pihak pentadbir dan pengendali untuk melihat dan menilai topik atau mesej yang dilaporkan. Ini adalah proses manual.

- Topik atau mesej yang dilaporkan akan dipadam atau dikunci tanpa perlu memberikan apa-apa notis dan alasan kepada pihak penulis.

- Pihak pentadbir dan pengendali berhak untuk mengunci topik-topik sudah melebih 200 mesej bagi sesebuah topik. Ahli-ahli diminta untuk membuka topik baru jika masih mahu meneruskan perbincangan.

- Pihak pentadbir dan pengendali tidak akan melakukannya untuk ahli. Pihak pentadbir dan pengendali berhak untuk mengunci topik yang difikirkan tidak sesuai untuk diteruskan atau bertindih dengan topik yang lain.

- Bagi topik bertindih ia mungkin digabungkan dengan topik yang sama tidak mengira siapa yang buka dahulu topik tersebut.

- Pastikan posting yang anda balas menepati tajuk yang dibuka. Sekiranya anda gagal berbuat demikian, kami tidak akan teragak-agak untuk mengantungkan keahlian anda.

- Sila gunakan fungsi CARIAN (Search) untuk mencari topik-topik atau posting yang anda kehendaki. Ini adalah untuk mengelakkan daripada membuka topik yang sama berulang kali.

- Pihak pentadbir dan pengendali berhak untuk mengalihkan topik jika ia dirasakan tidak sesuai diletakkan didalam bilik tersebut. Keputusan pengalihan adalah muktamad.

- Semua orang bebas memberikan pandangan dan pendapat masing-masing, asalkan ia tidak melampui batas budaya Malaysia dan undang-undang kita.

- Amalkan amalan hormat menghormati antara satu sama lain. Oleh itu, anda TIDAK boleh memaksa orang lain agar bersetuju dengan pendapat anda. Elakkan perbalahan semasa menggunakan ruangan ini.Tidak sehaluan dan tidak sependapat bukan bermakna kita boleh melakukan apa sahaja. Gaya penulisan anda cerminan peribadi.

- Topik dan mesej di forum MyPolyCampus.Net masih boleh disunting semula oleh penulis asal sekiranya fungsi ini dibuka oleh pihak pentadbiran. Pihak pentadbir dan pengendali berhak menyunting mana-mana topik dan mesej jika ia tidak bersesuaian atau melanggar polisi tanpa perlu menghantar sebarang notis kepada penulis asal.

- Mesej yang dibalas di dalam sesuatu topik mestilah bersesuaian. Jika anda mengambil Quote mesej orang lain, pastikan hanya bahagian yang anda Quote sahaja dimasukkan.

- Anda sama sekali dilarang membalas message dengan hanya icon smiley atau dengan mesej pendek yang tidak bersesuaian.

- Pihak Pentadbir dan pengendali berhak untuk menghalang (banned) atau membuang mana-mana ahli yang didapati melanggar polisi atau peraturan di dalam forum MyPolyCampus.Net.

- Pihak Pentadbir dan pengendali tidak teragak-agak untuk melaporkan kepada pihak berkuasa sebarang aktiviti-aktiviti yang didapati melanggar peraturan negara atau merbahayakan keselamatan umum dan negara. Malah Pihak pentadbir akan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa jika diminta untuk berbuat demikian.

- Jika anda menghadapi masalah dengan mana-mana ahli ataupun pengendali aduan dan laporan boleh dibuat secara terus kepada mana-mana Staff forum MyPolyCampus.Net dan juga pentadbir forum MyPolyCampus.Net. Laporan dan aduan anda akan dirahsiakan.

C. Hak Cipta dan Hak Intelektual
- Penghantaran artikel/karya yang mempunyai hak cipta perlu dinyatakan sumber asal, sama ada dengan menyertakan pautan laman web atau sebutan rujukan buku atau majalah. Digalakkan menyertakan sekali nama penulis dan jawatan penulis sebagai rujukan ahli forum.

- Forum MyPolyCampus.Net melindungi bahan-bahan hakcipta sama ada dinyatakan atau tidak. Ahli yang di dapati melakukan perbuatan-perbuatan yang melanggar hak cipta dan hak cipta intelektual akan diberi amaran dan posting berkenaan akan di buang serta-merta.

- Pemilik hakcipta serta ahli-ahli yang mengetahui tentang pelanggaran hak cipta dalam posting di forum MyPolyCampus.Net boleh membuat laporan kepada Pihak Pentadbir atau Pengendali.
« Last Edit: July 11, 2009, 07:16:43 AM by abg-long » Logged


reezluv
Titanium Member
*

Penghargaan : +7/-0
Offline Offline

Posts: 1,939


aha...


WWW
« Reply #2 on: January 30, 2009, 05:18:52 PM »

salam semua,ok..untuk post ni agak penting bagi semua forumer yang ada.Mungkin ada yang masih baru dalam dunia forum..atau mungkin dah lama..tak kisah la baru ke lama..topik adalah untuk semua forumer yang masuk di forum ini atau di forum-forum yang lain di internet

Cara Berforum Dan Etikanya

1.Apabila anda log in pastikan yang anda sudah memperkenalkan diri di ruangan perkenalan..biasanya setiap forum mempunyai thread ini untuk anda memperkenalkan diri..Anda akan dilabel sebagai ALIEN atau agak tidak sopan jika anda masuk rumah orang,tak memperkenalkan diri..betul tak? Caya lah...

2.Setelah perkenalkan diri,carilah topik yang sesuai dengan minat anda,atau tujuan anda berada di forum ni.

Contoh:Anda ingin dapatkan maklumat mengenai politeknik anda,anda boleh rujuk topik khas iaitu Politeknik Malaysia

3.Adalah penting untuk anda bersosial di forum,dan bukan hanya menjadi pemerhati atau post hanya di thread perkenalan anda sahaja kerana forum memerlukan sokongan ahlinya untuk memajukan lagi forum.

4.Tidak menggunakan huruf besar bagi keseluruhan reply yang anda buat..Contoh:NAMPAKNYA SAYA SUDAH LETAK HURUF BESAR..Sememangnya ia jelas kelihatan,tetapi ia melanggar etika forum kerana bagi kod etika forum,ianya digelar shouting..perumpamaan seperti anda menjerit kepada forumer yang lain..ianya agak tidak sopan dan apabila forumer melihat berasakan ianya kurang selesa.

5.Cuba lah untuk berbaik dan juga tidak menyakiti,menyindir atau menyinggung perasaan forumer yang lain walaupun anda merasakan ianya tidak relevan atau tidak menepati citarasa anda..Luahkan di tempat lain,seperti di blog anda sendiri.. Caya lah.....ianya bagi mewujudkan persekitaran forum yang selesa dan aman...

6.Jika anda merupakan ahli forum yang baru,jangan segan silu untuk membuka topik yang baru.Tujuan forum adalah untuk kita berkongsi ilmu pengetahuan bersama.Jadi jika ada ilmu yang hendak dikongsikan,sila buka thread baru.Pastikan anda lihat dulu topik yang sesuai dan pastikan ianya tidak mempunyai topik yang sama,jika tidak mod akan mengambil tindakan.

7.Berforum juga adalah untuk dapatkan trafik ke web/blog anda.Jadi lakukanlah dengan penuh etika.Letakkan hanya di signature forum anda sahaja.Anda bebas nak letakkan affiliate link anda di situ.Juga adalah dinasihatkan anda tidak meletakkan affiliate link di post yang anda reply kerana ianya sungguh tidak beretika.

8.Jangan menjadi peminta sedekah,kenapa plak?Cuba kita lihat contoh dibawah:

Saya orang baru disini,join forum ni just nak dapatkan kalau ada forumer kat sini yang ada contoh report praktikal sem-sem lepas?kalau ada emel ye kat alamat emel kat bawah..name@email.com,thanks


Mod atau saya sendiri akan delete thread tersebut kerana ianya sungguh tidak beretika.Share la something dulu kat sini dan anda mungkin akan dapat lebih dari itu,atau mungkin ada forumer yang berbesar hati menolong anda dari A-Z.

9.Setiap forum mempunyai ahli lama dan ahli baru,jadi hormatilah ahli yang sudah OTAI neh..janganlah anda bersikap kurang ajar atau berkelakuan tidak sopan semasa reply di thread yang anda masuki.

10.Jangan sesekali BUMP atau Hijack thread orang lain..Contoh:Anda ingin perkenalkan diri anda,tetapi anda postkan di thread kepunyaan orang lain.Itu sungguhlah tidak sopan dan ianya membuatkan thread owner berasa kurang selesa..Mod akan mengambil tindakan sewajarnya jika ini berlaku..biasanya amaran akan diberikan.

11.Jika anda ingin mempromosikan sesuatu produk yang sungguhlah ahli forum tiada knowledge mengenainya,pastikan anda educate dahulu forumer yang lain dengan maklumat yang lengkap mengenai produk tersebut.Forumer akan tertanya-tanya,produk ni apa fungsinya?kelebihan?betul ke? dan lain-lain

12.Poll biasanya jika anda ingin melakukan survey untuk sesuatu.Pastikan anda melakukannya dengan betul dan pastikan anda mendapat manfaat daripadanya.

13.Jika post anda itu terlalu panjang,jangan menulis hanya satu perenggan,tetapi buatlah ianya dalam bentuk perenggan agar mudah untuk dibaca,highlight atau bold kan part yang penting atau quote je.Jangan menggunakan bahasa yang digunakan dlm sms supaya semua orang dapat memahami apa yang anda ingin sampaikan.

Rasanya cukup setakat ini,kalau ada lagi akan ditambah.. Caya lah...
« Last Edit: January 30, 2009, 06:16:51 PM by reezluv » Logged


abg-long
- MyPolyCampus.Net -
MPC.Net - Pengasas
Titanium Member
*

Penghargaan : +1006/-500
Offline Offline

Posts: 2,562


Antara Mimpi & Impian (",)


WWW
« Reply #3 on: March 08, 2009, 04:26:26 AM »

Tambahan Peraturan & Panduan

D. Avatar dan Singature
- Penggunaan avatar adalah dibenarkan oleh forum MyPolyCampus.Net dengan syarat tidak terlalu besar. Avatar hendaklah tidak boleh menyentuh sensitiviti mana-mana pihak, kaum, agama, bangsa dan negara. Avatar juga hendaklah tidak mempunyai sebarang bentuk imej atau lambang yang boleh ditafsirkan sebagai lambang-lambang parti politik atau yang tidak dibenarkan oleh undang-undang negara. Saiz avatar yang dicadangkan adalah 80 x 60 pixel. Pihak forum akan meminta anda atau mengedit avatar sekiranya dirasakan tidak sesuai.

- Penggunaan Signature image adalah dibenarkan oleh forum MyPolyCampus.Net dengan syarat tidak terlalu besar. Saiz imej yang dicadangkan adalah 468 x 60 pixel. Pihak forum akan meminta anda atau mengedit signature sekiranya dirasakan tidak sesuai di dalam posting anda. Sila pastikan juga Signature anda tidak lebih dari 6 baris. Signature yang melebihi 6 baris akan dibuang serta merta.

E. Terma dan Syarat Berforum
- MyPolyCampus.Net adalah forum yang "BERSIH" dan "SIHAT", jadi, kalau nak posting tu, sila jaga tingkah laku dan perkataan. Sekiranya anda jenis yang tak reti bertapis cakapnya dan boleh menyinggung ahli-ahli yang lain, anda TIDAK dialu-alukan untuk menyertai forum ini.

- Semua ahli adalah DILARANG sama sekali membuat posting atau menyediakan profile peribadi dengan perkataan atau gambar/video yang berunsur biadap atau lucah.

- DILARANG membuat penyebaran maklumat yang berunsur fitnah, menyentuh sentimen perkauman, sensitif terhadap mana-mana agama dan lain-lain maklumat yang secara umumnya dilarang oleh Kerajaan Malaysia.

- Dilarang sama sekali membuat sebarang posting/statement yang boleh menimbulkan kekecohan keatas ahli forum yang lain. Jika perlu, sila gunakan fungsi PM (Personal Message) untuk menegur/menghubungi mana-mana ahli yang lain. Walaubagaimanapun, Staff MyPolyCampus.Net berhak menegur secara umum sebarang salah laku kepada umum dengan syarat pengumuman yg dibuat mestilah TIDAK menyatakan maklumat pihak yang ditegur (teguran secara umum) kecuali dalam kes-kes tertentu.

- Semua ahli adalah diharapkan tidak membuat post/reply yang tidak relevan dengan topic yang diutarakan. Dalam kes ini, ia lebih dikenali sebagai merapu. Semua ahli dinasihatkan untuk mengurangkan unsur-unsur merapu didalam sesuatu topik agar objektif topik berkenaan tidak terputus ditengah jalan dan dapat disampaikan dengan baik kepada semua pihak.

- Semua ahli tidak digalakkan membuat posting/reply dengan 1~2 patah perkataan (cth: ok, hello, entah, hmm..., etc.) atau dengan smiliey sahaja. Selain itu, double-posting juga tidak dibenarkan sama sekali (membuka atau membuat posting dengan maklumat yang sama pada beberapa topic/board).

- Sekiranya anda hendak membuka sesuatu topik, pastikan anda mengetahui dahulu kategori topik tersebut serta meletakkannya didalam board yang bersesuaian. Sebagai contoh, anda perlu membuka topik berkaitan masalah komputer didalam board "IT & Telekomunikasi - Soal Jawab" dan bukannya didalam board "Mintak pendapat @ Tunjuk Ajar". Syarat ini juga merangkumi ruangan GALERI dimana sebagai contoh, gambar peribadi (gambar anda, gambar binatang peliharaan, etc.) hanya boleh diletakkan didalam ruangan "PELBAGAI" sahaja dan bukannya didalam "AKTIVITI POLITEKNIK".

- Kepada pemula atau pembuka topik, sila pastikan anda membuka topik yang tidak menimbulkan pertanyaan atau kekeliruan kepada ahli2 yang lain. Sila pastikan ana memberi huraian ringkas terhadap topik yang dibuka. Kegagalan anda berbuat demikian boleh menyebabkan topik anda dikunci dan dipindahkan ke ruangan arkib tanpa sebarang makluman terlebih dahulu.

- Sila hormati ahli-ahli yang lama di dalam forum ini. Terutama Staff MPC yang ada. Ini kerana didapati ada ahli2 terutamanya yang masih baru, bersikap tidak sopan dan tidak menghormati sesama rakan ahli. Sekiranya ditegut untuk kebaikan sila terima dengan terbuka untuk kebaikan bersama.

F. Penggunaan Nama MyPolyCampus.Net
- Sebarang aktiviti dalam apa jua bentuk keadaan sekalipun yang ingin menggunakan nama "MyPolyCampus.Net", hendaklah mendapatkan keizinan bertulis dari Pihak Pengurusan MPC.Net (abg-long & FireFox).

- Forum Pelajar & Alumni Politeknik Seluruh Malaysia hanya boleh diakses melalui http://www.mypolycampus.net atau http://politeknik-semalaysia.cjb.net/ sahaja setakat ini.

G. Tindakan dan Hukuman
- Sebarang kegagalan mematuhi Peraturan dan Panduan yang disediakan ini boleh dikenakan sebarang tindakan yang sewajarnya yang difikirkan bersesuaian oleh pihak pengurusan forum MyPolyCampus.Net.

- Jika ada perkara-perkara yang mana melibatkan isu-isu keselamatan negara dan yang boleh mengganggu-gugat keharmonian negara, pihak pengurusan forum MPC akan memberikan segala kerjasama yang diperlukan sekiranya diminta oleh pihak berkuasa.

H. Penafian
- Topik dan komen di dalam forum MyPolyCampus.Net adalah menjadi hak milik ahli yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan forum MyPolyCampus.Net. Pihak pengurusan forum MyPolyCampus.Net tidak akan bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi sama ada secara langsung atau tidak langsung. Pihak pengurusan forum MyPolyCampus.Net juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat yang terdapat di dalam forum MyPolyCampus.Net.
« Last Edit: July 11, 2009, 07:22:08 AM by abg-long » Logged


abg-long
- MyPolyCampus.Net -
MPC.Net - Pengasas
Titanium Member
*

Penghargaan : +1006/-500
Offline Offline

Posts: 2,562


Antara Mimpi & Impian (",)


WWW
« Reply #4 on: July 11, 2009, 07:28:07 AM »

Avatar, Gallery & Singature - dengan tambahan
- Bagi ruangan galeri yang disediakan, beberapa kategori telah dibuka bagi tujuan menyusun kandungan galeri. Oleh itu dinasihatkan agar sebelum menghantar sebarang gambar, hendaklah dipastikan gambar diletakkan pada kategori yang sepatutnya. Gambar-gambar yang hendak dimasukkan hendaklah tidak menyalahi mana-mana undang-undang di Malaysia, dan juga tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak, kaum, agama, bangsa dan negara.
Logged


abg-long
- MyPolyCampus.Net -
MPC.Net - Pengasas
Titanium Member
*

Penghargaan : +1006/-500
Offline Offline

Posts: 2,562


Antara Mimpi & Impian (",)


WWW
« Reply #5 on: July 25, 2009, 03:20:48 AM »

tambahan : (tertera semasa pendaftaran ahli-ahli baru)...

Walaupun AJK Forum MyPolyCampus.Net ini akan berusaha untuk menghapus atau mengubah semua mesej yang tidak sepatutnya secepat mungkin, adalah tidak mungkin untuk melakukan pemeriksaan terhadap setiap mesej. Dengan demikian, Anda mengakui bahawa semua kiriman pada forum ini adalah pandangan dan pendapat dari  ahli yang membuat kiriman dan bukan pendapat dari AJK Forum MyPolyCampus.Net (kecuali yang dikirimkan oleh orang-orang tersebut) dan kerana itu ianya bukan merupakan tanggungjawab AJK Forum MyPolyCampus.Net.

Anda setuju untuk tidak mengirimkan mesej abusive, obscene, vulgar, slanderous, hateful, threatening, sexually-orientated atau apapun yang melanggar mana-mana undang-undang yang digunapakai di Malaysia dan negara anda serta yang tidak mematuhi peraturan dan panduan berforum MyPolyCampus.Net. Jika Anda melakukan perkara tersebut, Anda akan terus dan secara tetap di banned (dan ISP Anda akan diberi tahu). Alamat IP semua pesan disimpan untuk membantu pelaksanaan peraturan dan panduan ini. Anda setuju bahawa AJK Forum MyPolyCampus.Net ini memiliki hak untuk menghapus, mengubah, memindahkan, atau menutup mana-mana topik pada bila-bila masajika setelah dinilai ianya wajar dilakukan. Sebagai ahli forum dan pengguna Anda setuju bahawa semua informasi yang Anda masukkan disini akan disimpan pada database. Walaupun informasi ini tidak akan dibuka kepada mana-mana pihak ketiga tanpa persetujuan Anda, AJK Forum MyPolyCampus.Net tidak akan bertanggung jawab terhadap semua jenis upaya hacking yang dapat membuka data tersebut.

Sistem forum ini menggunakan cookies untuk menyimpan informasi pada komputer lokal Anda. Cookies ini tidak mengandung informasi yang telah Anda masukkan di atas, melainkan hanya berfungsi untuk memudahkan Anda mengakses forum. Alamat email hanya digunakan untuk mengesahkan pendaftaran dan katalaluan Anda (dan untuk mengirimkan katalaluan baru jika Anda lupa katalaluan Anda).

Setelah anda membaca ke semua peraturan dan panduan berforum yang dinyatakan di atas, Anda telah faham dan bersetuju dengan peraturan dan panduan yang ditetapkan di atas. Dan anda tidak boleh mengambil sebarang tindakan undang-undang atau mahkamah ke atas Forum Pelajar dan Alumni Politeknik seluruh Malaysia ini dan juga ke atas AJK Forum MyPolyCampus.Net yang dilantik yang mana telah menjalankan tugas dan peranannya berdasarkan Peraturan dan Panduan yang disediakan di atas. Sebarang perkara berbangkit sila berhubungan terus dengan mana-mana AJK Forum MyPolyCampus.Net yang dilantik.
« Last Edit: September 08, 2009, 11:50:56 AM by abg-long » Logged


Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  


*
PENAFIAN

Topik dan komen di dalam forum MyPolyCampus.Net adalah menjadi hak milik ahli yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan forum MyPolyCampus.Net. Pihak pengurusan forum MyPolyCampus.Net tidak akan bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi sama ada secara langsung atau tidak langsung. Pihak pengurusan forum MyPolyCampus.Net juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian yang dialami kerana menggunakan maklumat yang terdapat di dalam forum MyPolyCampus.Net.

Forum Pelajar dan Alumni Politeknik Seluruh Malaysia sejak 2004-2009.