
Salam buat semua
Di sini secara rasminya nak beritahu, setelah proses tawar-menawar dengan tukang buat baju dibuat. Dimaklumkan harga untuk sehelai T-Shirt Rasmi MPC.Net adalah seperti berikut:-
i) Lengan Pendek = RM24.00
ii) Lengan Panjang = RM25.00
Harga telah termasuk dengan nama@nickname yang akan diletakkan di sebelah kanan hadapan baju. Bagi yang tidak mahu meletakkan nama@nickname, harganya sama sahaja. Semua saiz baju ada. Maklumkan sahaja. Saiz mengikut standard saiz baju Malaysia.
Perbincangan dengan tukang buat baju juga telah mengenalpasti bahawa Logo Rasmi MPC.Net boleh digunapakai sepenuhnya (ikut logo asal seperti di penjuru atas sebelah kanan forum).
Bagi mereka yang tinggal di luar Lembah Klang, secara kasarnya kos penghantaran adalah sekitar RM5.00-rm10.00. Oleh itu dinasihatkan bagi yang duduk berdekatan antara satu sama lain hendaklah menempah serentak@bersama, jadi boleh berkongsi kos penghantaran. Jimat sedikit. Bagi yang ingin mengambil sendiri, boleh mengambilnya sendiri di alamat yang akan diberitahu kelak.
Berikut adalah butiran pembayaran bagi yang mahu membuat pembayaran/tempahan (hanya bayaran penuh sahaja diterima) :-
Tempahan hanya dibuka kepada 50 tempahan terawal sahaja atau sehingga tarikh tutup tempahan iaitu pada 30/10/2008. Yang mana lebih awal. Tempahan telah DITUTUP!! SOLD-OUT!!
Sebarang kesulitan, sila hubungi zam_din@hotmail.com atau YM (theonly82). Juga boleh menghubungi abg-long melalui PM forum MPC.Net.
Tidak dibenarkan sebarang perbincangan di dalam topik ini. Hanya dibenarkan untuk membuat tempahan dengan memberikan nama penuh, saiz baju (mengikut saiz standard Malaysia) dan alamat penerimaan baju (jika perlu) dan nickname@nama yang ingin diletakkan. Bagi maklumat pembayaran yang telah dibuat dan no telefon (wajib), hendaklah dimaklumkan menerusi emel atau PM sahaja. Peringatan!! Jangan maklumkan butiran pembayaran anda di sini.
Sekian, harap maklum.
Abg-Long a.k.a onenonly
p/s: Final design baju akan dimasukkan sedikit masa lagi. Tetapi contoh adalah seperti di lampiran.. http://www.mypolycampus.net/v20/index.php/topic,2592